Pengalaman Belajar di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP): PART 4 Internship di Swagelok Malaysia


Assalamulaikum semua..

Bertemu lagi dengan saya Putra Nazaratunnaim dalam entri kali ini, pengalaman saya menjalani latihan industri atau Internship di AVF Solutions Sdn Bhd atau dikenali sebagai Swagelok Malaysia.

Sepatutnya saya mulakan internship saya pada awal Januari 2020, tapi saya masuk awal pada pertengahan Disember 2019 disebabkan dapat tawaran awal (terima kasih kepada pihak HR).

Sebelum itu, Swagelok ialah sebuah company oil and gas, specialized in high quality gas and fluid systems components. Headquarters dia ada di United States dan dekat Malaysia ada satu company je yang di"Authorized" untuk menjadi Swagelok distributor, iaitu AVF Solutions Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Swagelok Malaysia.

Saya tidak akan bercerita secara details tentang projek yang company buat kerana itu termasuk dalam perkara-perkara yang private dan confidential. Jadi dalam entri kali ini, saya hanya akan bercerita secara general tentang working environment di Swagelok Malaysia.

Alhamdulillah hari pertama je saya berada di Swagelok Malaysia, Department yang saya akan sertai iaitu Services Department menyambut saya dengan baik. Secara general, jobscope saya terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bantu dari segi technical engineering support (engineering drawing dan sebagainya) dan juga bantu dari segi Tech Centre (workshop).

Walaupun banyak benda yang saya taktahu, saya sangat-sangat berterima kasih kepada Services Team kerana sudi assist saya especially Technicians (En. Juldan, Ang, Wong, Erwandy, Abg Razali dan Osman), dan Engineers (En Faizal J dan Faizal M, Akhi, Firdaus, En Zaim, En Syarir).

Dari segi sofware, saya recap balik AutoCAD dan juga belajar Solidworks dari Zero sampailah pandai buat complicated drawing. Dari segi technical skills, saya belajar untuk pakai beberapa machine dan equipment dari Swagelok. Tidak lupa juga, tiap minggu kita akan ada training untuk belajar spesifik tentang fluid and gas systems melalui Swagelok Subject Material Expert, Encik Yahya Maani.

Swagelok juga sangat mementingkan training untuk staff dan pekerjanya. Tidak lupa kepada intern, kami juga dapat menyertai beberapa trainings termasuk Tube Bending dan Tube Fitting installation. Sijil ini boleh digunapakai semasa alam pekerjaan saya kelak.

Semasa PKP, saya juga diberikan tugas untuk membuat drawings dan juga adakalanya bekerja di shift malam. Memang satu pengalaman yang sangat berharga. Banyak lagi perkara yang seronok dan best yang saya tak dapat ceritakan dek kerana P&C.

Secara keseluruhannya, saya tidak menyesal dan saya bersyukur dapat menjadi sebahagian dari Swagelok Family. Kepada student yang dapat tawaran intern di sini, anda boleh consider Swagelok sebagai tempat untuk anda menimba banyak ilmu!

Tidak lupa kepada Mr Andrew (CEO Swagelok Malaysia), Encik Rasman (HOD Services), Encik Aidil, Encik Hafifi, Kak Azwa, Sam, Miss Low and Miss Loo, Kak Fatihul dan rakan seperjuangan, terima kasih banyak atas tunjuk ajar.

Gambar-gambar di bawah adalah gambar saya bersama Services Team di Swagelok Malaysia. Sesungguhnya kenangan itu sangat berharga dan amat dirindui.








Jumpa lagi di entri akan datang! Semoga bermanfaat! Assalamualaikum..

Jangan lupa follow media sosial saya ya - Tekan je tulisan biru tu

Facebook: Putra Nazaratunnaim (www.facebook.com/putranazaratunnaim)
Instagram: @putranazaratunnaim (www.instagram.com/putranazaratunnaim)
LinkedIn: Putra Nazaratunnaim (www.linkedin.com/in/putranazaratunnaim)
Twitter: @iamputranaz (www.twitter.com/iamputranaz)
Youtube: Putra Nazaratunnaim (http://www.youtube.com/c/putranazaratunnaim)

Ulasan

Catat Ulasan