Pengalaman Belajar di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP): PART 3 Second Year & Third Year Degree

 Assalamualaikum semua..

Bertemu kembali dengan saya Putra Nazaratunnaim dalam entri kali ini, Part 3 untuk pengalaman belajar di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) iaitu semasa saya second year dan third year Degree.

Kehidupan saya di UTP semasa Second Year dan Third Year tak jauh beza dengan masa saya First Year dulu, iaitu join event, pergi kelas, pergi talk, dan sebagainya. Cuma, yang membezakannya ialah saya dah kurang masuk Event sebab saya nak fokus kepada study saya. Jadi, saya rasa lebih elok untuk saya combine kan sekaligus dalam satu entri untuk cerita kali ini sebab saya nak fokuskan kepada zaman sebelum internship (Third Year Second Semester).

Untuk pengetahuan semua, selepas third year second semester, pelajar-pelajar UTP akan menjalani Latihan Industri/ Praktikal atau Internship selama 8 bulan. Perkara ini bagi saya sangat bagus sebab memang kita akan di"expose" kepada kerja yang real punya bergantung kepada syarikat yang kita join.

Tetapi, untuk dapatkan placement internship itu, student kena cari dan apply sendiri. Jadi, masa Third year Second Semester tu dah ramai dah apply, tak kisah kat mana as long berkaitan dengan course yang kita ambil. Jangan risau, worst case kalau tak dapat juga internship placement, UTP akan bantu carikan sebab UTP ada banyak connection dengan company-company tersebut.

Untuk apply internship, kita perlukan beberapa dokumen termasuk Cover Letter, Resume, Academic Transcript, dan Recommendation Letter (optional). Cover letter dan Academic Transcript akan diberikan oleh UTP (kena request), manakala Resume dan Recommendation Letter adalah atas usaha sendiri. Jangan risau juga, UTP pun akan provide kelas-kelas untuk cara buat Resume, cara jawab interview dan sebagainya di bawah Centre Development Office (CDO). Tambahan lagi, senarai-senarai company yang kita boleh apply pun UTP akan provide, dan boleh juga kita cari atas inisiatif kita sendiri.

Disebabkan saya ambil Petroleum Engineering, jadi company yang saya apply mesti berkaitan dengan engineering spesifiknya berkaitan Oil & Gas termasuk company-company besar seperti PETRONAS, Shell, Schlumberger, Exxonmobil dan Petron. Alhamdulillah saya dapat call untuk di"interview" oleh beberapa company besar, tetapi disebabkan banyak sangat persaingan, agak susah untuk kita bersaing dengan orang-orang yang hebat dari segi akademik.

Akhirnya saya dapat beberapa tawaran termasuk dari PETRONAS, Swagelok dan Rosen Engineering. Pada waktu itu, Swagelok adalah company pertama yang berikan tawaran kepada saya dan dia minta untuk saya masuk awal (sepatutnya saya mulakan internship pada awal Januari 2020, tetapi dia minta saya mulakan pada pertengahan Disember 2019). Saya pun terima sebab saya sangat-sangat komited untuk belajar banyak benda baru. 

Bila nak dekat Januari 2020 barulah PETRONAS dan Rosen Engineering berikan tawaran kepada saya, tetapi saya buat keputusan untuk stay dan intern di AVF Solutions Sdn bhd atau lebih dikenali sebagai Swagelok Malaysia iaitu sebuah syarikat oil and gas specialized in high quality fluid system components.

Saya akan sambung tentang pengalaman saya menjalani latihan industri atau Internship di Swagelok malaysia pada entri seterusnya. Gambar di bawah adalah semasa saya intern di Swagelok Malaysia.


Jumpa lagi di entri akan datang! Semoga bermanfaat! Assalamualaikum..

Jangan lupa follow media sosial saya ya - Tekan je tulisan biru tu

Facebook: Putra Nazaratunnaim (www.facebook.com/putranazaratunnaim)
Instagram: @putranazaratunnaim (www.instagram.com/putranazaratunnaim)
LinkedIn: Putra Nazaratunnaim (www.linkedin.com/in/putranazaratunnaim)
Twitter: @iamputranaz (www.twitter.com/iamputranaz)
Youtube: Putra Nazaratunnaim (http://www.youtube.com/c/putranazaratunnaim)

Ulasan

  1. assalamualaikum abang, saya lepasan spm 2020 dan saya apply petronas scholarship untuk foundation programme,kalau saya berminat untuk degree nanti dalam bidang electrical engineering bolehkah saya apply company macam tnb walaupun saya dari utp?

    BalasPadam

Catat Ulasan