Idea Perniagaan dan Bisnes buat Pelajar, Mahasiswa Universiti, Kolej, Kampus

 



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Bersaya saya lagi, Putra Nazaratunnaim.

Untuk entri kali ini, saya nak cerita idea ataupun perniagaan yang saya pernah ceburi ataupun rancang sepanjang alam universiti saya (saya sambung Degree di Universiti Teknologi Petronas, nak baca tentang pengalaman hidup di sana boleh layari putranazaratunnaim.blogspot.com).

Dalam alam universiti, kolej mahupun kampus, ya ramai yang ada kesedaran untuk tidak menyusahkan ibu bapa ataupun untuk mencari duit lebih sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Jadi saya memang sangat sarankan pelajar atau student untuk menceburi bidang perniagaan. Mari kita rungkaikan perniagaan apa yang sesuai diceburi oleh seorang pelajar universiti.


Perniagaan boleh dikategorikan melalui dua iaitu servis dan produk. 

SERVIS

1) Membaiki telefon bimbit: Anda boleh ambil upah untuk membaiki telefon yang rosak dari segi tukar skrin, bateri dan sebagainya.

2) Membaiki, servis atau komputer: Anda boleh war-warkan dan promote servis anda untuk baiki, servis dan upgrade laptop atau PC student. Ada seorang kawan saya, namanya Akif. Dia mulakan perniagaan ini masa kami tahun pertama, dan perlahan-perlahan dia naik sampailah dia ada dua kedai komputer fizikal sekarang.

3) Tutor / Mentor / Trainer: Anda expert dalam sesuatu bidang atau subjek? Anda boleh offer untuk jadi mentor atau tenaga pengajar. Anda juga mungkin boleh buat kelas online (ajar perkara yang anda expert macam photoshop, business training) melalui Zoom, Microsoft Team, Google Meet dengan bayaran yang anda letak sendiri, contohnya Rm5 seorang. Kalau 50 orang join dah RM250.

4) Video Editing: Anda boleh offer kepada orang-orang di luar sana untuk edit video dengan murah dan kualiti tinggi. Sebab saya percaya ramai yang nak buat video, tapi hanya pandai rakam dan tak pandai edit.

5) Photographer: Bidang fotografi, ramai kawan-kawan saya ceburi. Terutamanya masa Graduation ceremony ataupun masa pendaftaran pelajar. masa itu ramai yang nak bergambar. Offer je direct sejam ikut rate sendiri, in shaa Allah mesti ada yang nak.

6) Ghost Writing: Anda boleh ambil upah untuk buat assignment, paraphrasing dan sebagainya. Dari situ anda boleh letak rate anda sendiri.

7) Transport Service: Kebanyakan pelajar takda transport, jadi dari situ anda boleh ambil upah untuk hantar mereka ke bustand, KTM dan sebagainya. Ataupun untuk senang dapat customers, boleh join Grab atau MyCar.

8) Delivery / Runner: Walaupun student lain ada transport, tapi tak semua rajin nak pergi beli makanan sendiri di luar dan maybe ada yang takda transport pun nak beli. Dari sini, anda boleh offer servis delivery untuk belikan mereka makanan, depends on rate anda. Ataupun, anda boleh open order dan mark up harga makanan secara bulk, (open order petangm delivery malam).

9) Assist Master / PHD Student: Di universiti saya, pelajar PHD atau Master boleh membayar student lain untuk mereka menjadi prospek dalam projek mereka. Jadi anda boleh survey on pelajar-pelajar di universiti anda, mereka boleh bayar menggunakan geran dari projek mereka.

10) Photostat / Printing: Anda boleh membuka servis printing dan fotostat, kerana tak semua orang ada printer dan mungkin mereka urgent untuk print. Jadi anda boleh buka servis anda di tengah malam.

11) Laundry Services: Maksud laundry services ini bukanlah anda ada bisnes laundry sendiri, tapi lebih kepada berkonsepkan ambil upah untuk membawa dan basuh baju customers ke laundry. Dari situ anda boleh mark up harga dan tambah delivery charge.


PRODUK

12) Kasut: Anda boleh menjual kasut sukan, kasut berjalan dan sebagainya dengan harga murah. Untuk dapatkan stok, anda boleh search di Shopee, dan PM supplier tersebut untuk dapatkan quotation ataupun minta untuk jadi dropship.

13) Pendrive: Anda boleh beli pendrive kosong di shopee secara murah. Lepas itu, anda masukkan movie, kartun dan sebagainya dan jual kepada orang ramai dengan harga yang anda mark up. Saya pernah buat dan memang ianya lumayan. Sebaiknya ambil yang jenis Pendrive OTG, jadi boleh masuk ke laptop dan boleh buka di henfon.

14) Sim Kad: Ramai orang masa ini buat bisnes simkad, saya dulu pun pernah buat sejak dari zaman sekolah lagi. Tetapi dek kerana tidak konsisten dan masuk asrama, perniagaan itu terhenti. Anda boleh jual simkad yang mempunyai pulangan tiap bulan tiap kali customers topup seperti ToneWow, Tone Excel, OneXoX dan sebagainya.

15) Makanan / Minuman: Jika anda takda skill memasak atau takda masa nak masak, pun tak mengapa. Pentingkan kepada reseller. Contohnya, anda boleh approach makcik makcik yang jual nasi lemak atau makanan tiap pagi atau di pasar malam. Dapatkan contact mereka dan order contohnya 20 bungkus nasi lemak tiap hari (saya selalu buat malam sebab selalu malam cafe tutup dan orang malas keluar). Jadi anda mark up nasi lemak itu Rm0.50 untuk sebungkus pun dah untung.

16) Coklat: Coklat pun boleh dijual, letak dalam balang dan letak harga dan tempat untuk bayar. Tetapi risiko tetap ada, takut dicuri duitnya.

17) Baju Murah: Tak semua student mampu untuk beli baju mahal-mahal. Macam yang saya sebutkan tadi, anda boleh approach seller di Shopee untuk baju murah. Dan anda mark up murah-murah, sehelai baju Rm5-7 siapa yang taknak beli kan? 

18) Shawarma, Zinger, Roti: Di universiti saya, perniagaan ini dimonopoli oleh bangsa dari luar negara sebab mereka pro dalam buat shawarma ini. Harga mereka jual dalam Rm4 satu keping, dan sehari dua kali mereka akan jerit shawarma di depan pintu asrama. Saya percaya mereka boleh jual dalam 100 keping shawarma tiap hari. Cuma perlukan kerajinan untuk bergerak.

19) Cover Telefon: Ada kawan saya menceburi bidang ini, dia reseller dan jual secara online. Anda boleh Google tentang supplier online untuk cover telefon.

20) Smartphone Second-Hand: Zaman sekarang agak kurang relevan tetapi masih boleh dibuat. Kerana tak semua orang ada banyak duit nak beli henfon baru. Jadi anda boleh survey owner yang nak jual secara murah-murah. Anda beli dan jual semula dalam harga yang lebih tinggi. Dengan syarat, anda kena expert bab telefon dan kena tahu apa kerosakan atau kekurangannya.


Banyak lagi sebenarnya idea untuk perniagaan / bisnes untuk mahasiswa univeristi, kampus, kolej, tetapi saya akan listkan di entri yang lain.

Untuk servis, anda kena kenalpasti apa skills yang anda ada, dan apa resources yang anda ada, manfaatkan segala yang ada depan anda.

Untuk produk, in shaa Allah semua itu ada demand dia, cuma cara marketing dan promosi kenalah di landasan yang betul. Yang penting kena konsisten. 

Kita bertemu lagi dalam entri yang akan datang. Sekian sahaja untuk kali ini! Semoga bermanfaat

Assalamualaikum!

Jangan lupa follow media sosial saya ya - Tekan je tulisan biru tu

Facebook: Putra Nazaratunnaim (www.facebook.com/putranazaratunnaim)
Instagram: @putranazaratunnaim (www.instagram.com/putranazaratunnaim)
LinkedIn: Putra Nazaratunnaim (www.linkedin.com/in/putranazaratunnaim)
Twitter: @iamputranaz (www.twitter.com/iamputranaz)
Youtube: Putra Nazaratunnaim (http://www.youtube.com/c/putranazaratunnaim)

Ulasan

  1. Boleh juga cuba free dropship/affiliate makanan ringan dan makanan segera siap dimaka(ready to eat) Teega House of Snack

    BalasPadam

Catat Ulasan