Pengalaman Belajar di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP): PART 1 Foundation / Asasi

Assalamualaikum semua..

Lama sudah tidak update entri saya di blogspot ni ya, busy je memanjang..

Sekejap je dah dekat 3 tahun lebih dari entri pertama saya berkenaan temuduga di UTP.
Kini, saya baru habis tahun ketiga di UTP dan sedang melalui internship ataupun praktikal selama 8 bulan (akan diceritakan di entri akan datang).

Mesti korang tertanya-tanyakan, sepanjang tiga tahun lebih ni, seronok ke tak belajar di UTP??

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Jawapannya mestilah SERONOKKKKKK!! Bahkan beronok-ronok!!!

Meh saya ceritakan..

Foundation UTP ada terbahagi kepada beberapa jenis (boleh refer https://www.utp.edu.my/Pages/Admission/Home/Foundation.aspx) dan saya menyertai Foundation Engineering UTP. Untuk pengetahuan, tempoh masa untuk foundation di UTP adalah tiga semester iaitu lebih kurang setahun termasuk cuti.

Yang seronoknya, kelas untuk foundation telah ditetapkan melalui course. Sebagai contoh, pelajar-pelajar dari Petroleum Engineering akan duduk sekelas, pelajar-pelajar untuk Chemical Engineering akan duduk di kelas masing-masing dan seterusnya. Ini bermakna kita dah kenal dah kawan-kawan yang akan bersama kita sepanjang foundation dan akan diteruskan juga untuk degree. Tambahan lagi, sesiapa yang lulus foundation (atas 2.0) akan terus dimasukkan ke degree yang ditetapkan (boleh juga untuk mohon pertukaran). Jadi, saya yang foundation in Petroleum Engineering ni auto masuk Degree of Petroleum Engineering nanti.

Dari segi pembelajaran, kelas sangatlah kondusif dan kebanyakan lecturer yang ada sangat-sangatlah membantu. Memanglah orang kata kalau masuk universiti lecturer takkan ajar and tunjuk satu-satu, tapi kebanyakan lecturer di UTP sangatlah care dan mementingkan pemahaman students dalam setiap topik. Selalunya kita belajar ikut slides yang diberikan (akan diupload di laman Ulearn) dan semua quiz atau tests pun akan berkaitan slides. Haa, semua belajar dalam English tau! Kecuali certain subjek macam Tamadun Islam tamadun Asia (TITAS). Tapi jangan risau, lama-lama korang memang akan adapt.

Dari segi accommodation ataupun tempat tinggal, UTP mempunyai enam kawasan yang dipanggil Village (1-6) dan SIBC (berada di luar UTP). Pelajar-pelajar foundation wajib duduk di kawasan dalam kampus, selalunya Village 1 kerana ia lebih dekat dengan kelas dek kerana foundation students tidak boleh bawa kereta. Kafe-kafe di UTP pun mempunyai harga yang berpatutan bagi saya, dan banyak pilihan (kalau tak minat Village 1, bolehlah survey sampai ke Village 6). 

Dari segi kokurikulum, UTP sangat mementingkan pelajar yang well-rounded, baik dari segi akademik dan kokurikulum. Dari foundation lagi, saya dah terlibat dengan macam-macam event besar termasuk pesta konvo (CONVOFEST) dan karnival kerjaya (TEC). Memanglah pelajar boleh memilih untuk pasif, dengan tak join apa apa program, tapi sangatlah rugi. Satu perkara yang sangat menarik tentang event di UTP, tiap kali nak join je akan ada recruitment drive, iaitu interview oleh senior. Dari sini, kita boleh kenal ramai senior yang berwibawa, dan boleh belajar cakap dengan lebih efektif. Semua interview akan diadakan dalam English, memang seronok! Tapi jangan takut, senior-senior yang join event ni semua willing untuk beri tunjuk ajar dan happening!

Dari segi lifestyle, kehidupan kat UTP ni memang tenang sebab dikelilingi oleh alam sekitar. takda traffic jam, takda bunyi bising, memang serba serbi tenang and udara pagi dia peh mengancam! Kalau malam-malam korang lapo, korang boleh keluar bila-bila masa saja sebab UTP ni open 24 jam boleh keluar masuk untuk students! Tapi bersedialah sebab selalu ada roadblock kat jalan menuju Seri Iskandar haha!

Kalau nak diceritakan dari segi event atau program, memang banyak sangat saya dah join sebab bila orang dah kenal kita, memang baguslah dorang bagi kepercayaan untuk kita handle event! Saya memang suka join Ceremony & Protocol department, dari dulu sampailah sekarang sebab kita yang handle timing and semua flow dia. Haaa ni antara landyard yang saya dapat dulu masa join event zaman foundation (2016)!!!





Okay guys saya rasa cukup untuk kalini ceritakan berkenaan foundation di UTP!
Nantikan entri seterusnya berkenaan pengalaman second year, third year dan internship di UTP!!!

Semoga Bermanfaat!

Assalamualaikum..


Jangan lupa follow media sosial saya ya - Tekan je tulisan biru tu

Facebook: Putra Nazaratunnaim (www.facebook.com/putranazaratunnaim)
Instagram: @putranazaratunnaim (www.instagram.com/putranazaratunnaim)
LinkedIn: Putra Nazaratunnaim (www.linkedin.com/in/putranazaratunnaim)
Twitter: @iamputranaz (www.twitter.com/iamputranaz)
Youtube: Putra Nazaratunnaim (http://www.youtube.com/c/putranazaratunnaim)

Ulasan

  1. Bagus ..byk info diberikan..tq

    BalasPadam
  2. Bang, saya dh apply utp! And pihak utp dh send the email utk ic doc and result spm haha..doakan saya dpt masuk my dream university! Tapi takut jugak diberi kejutan fake hope hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan