Pengalaman Belajar di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP): PART 2 First Year Degree

Assalamualaikum semua..

Setahun sudah berlalu, kini tahun 2017, saya berada di First Year Degree saya di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).

Macam yang saya bagitahu di Part 1, bila habis je foundation dalam Petroleum Engineering, kami akan automatik masuk ke Bachelor Degree of Petroleum Engineering!

Maka perjalanan sebagai seorang mahasiswa sejati pun bermula!!!

Haaaaaaaaaaa...

Rutin harian masih seperti biasa, nak dikatakan baguslah foundation UTP ni sebab dia mengajar kita dah cara macam mana hidup degree. Kehidupan dan rutin lebih kurang sama, cuma pembelajaran makin susah dan mencabar! Lupa nak bagitahu, UTP ni takda nak ragging-ragging ke apa, semua orang equal takda seniority ke apa, cuma respect tu tetap kena ada la ya.

Tambahan, degree students pun dah boleh bawa kereta, boleh pegang jawatan tinggi dan sebagainya! Tapi dengan syarat memang kena aktifkan diri. Bagi saya, first year inilah tahun yang saya paling aktif di UTP dek kerana masa zaman foundation dah ceburkan diri, so senang sikit nak join program selepas tu. Jadi kat sini saya nak share banyak pasal events atau program saja la ya, sebab realiti kehidupan masih lebih kurang sama macam foundation, ada test, quizzes, lab, assignments dan sebagainya!

Jadi, masa first year inilah kita dah rasa macam kita dah jadi senior hahaha, itu yang rasa nak join jadi fasilitator Minggu Aluan Siswa dan program-program dengan junior lain. Takdalah, bukanlah nak acah senior, cuma saya jenis suka sharing dengan adik-adik. Jadi kalau nampak saya di UTP, jangan takut-takut nak tegurlah ya!

Dari segi kelab, banyak kelab-kelab yang menarik di UTP, bahkan Wataniah pun ada di UTP! Kelab yang saya pernah join adalah Fundamental and Applied Science Ambassador (FASSA) yang sesuai untuk pelajar foundation. Bila masuk degree, banyak je lagi kelab yang ada macam Society of Petroleum Engineers (SPE) club, ICheMe untuk Chemical Engineering dan macam-macam lagi, rambang mata nak pilih!

Kalau yang minat debate atau bahas pun, ada kelas bahas UTP. Mereka terkenal dengan program Cabaran Debat Muda (CDM) atau National Debate Competition! Selain itu, kalau adik-adik berminat nak jadi emcee pun banyak peluang yang ada, selalunya program-program ini akan buat ujibakat atau interview untuk serlahkan bakat kita, jadi janganlah malu dan segan ya.

Maka dari sinilah perlahan-lahan saya naik dari committee biasa ke Head of Department dalam sesebuah event itu! Haaa ni antara koleksi landyard masa first year, menarik kan?







Sekian sahaja guys sharing saya masa saya First Year di UTP! Nantikan Part 3 untuk second year and third year pula ya!

Semoga Bermanfaat!

Assalamualaikum..

Jangan lupa follow media sosial saya ya - Tekan je tulisan biru tu

Facebook: Putra Nazaratunnaim (www.facebook.com/putranazaratunnaim)
Instagram: @putranazaratunnaim (www.instagram.com/putranazaratunnaim)
LinkedIn: Putra Nazaratunnaim (www.linkedin.com/in/putranazaratunnaim)
Twitter: @iamputranaz (www.twitter.com/iamputranaz)
Youtube: Putra Nazaratunnaim (http://www.youtube.com/c/putranazaratunnaim)

Ulasan

Catatan Popular