Dokumen Untuk Kerja Offshore!
Assalamualaikum dan hai semua! Terima kasih sudi baca blog saya lagi walaupun dah jarang update, busy kerja la katakan kan hehe.
Jumpa lagi kita ya, macam saya cerita sebelum ni, saya Alhamdulillah dah dapat kerja Oil & Gas (offshore). Nak kerja offshore ni bukan mudah, macam-macam dokumen kena ada, sijil-sijil competency lagi dan lain-lain. Jadi kali ni saya nak ceritakan dokumen apa yang biasanya perlu untuk kerja offshore ni.
Sebelum tu, meh saya ceritakan dari awal, pelantar oil and gas ni ada macam-macam jenis tau. Ada yang timbul (floating) macam FPSO, Semi Submersible, Spar, TLP. Ada juga yang ada kaki cucuk kat tanah (fixed), contoh macam jacket dan jack-up. Setiap design dia bergantung kepada kedalaman dan tujuan dia. Ada yang jadi Oil Production Platform (hasilkan minyak), ada yang jadi Oil Drilling Rig (Carigali minyak). Panjang nak cerita, nanti saya share kat entri lain nanti.
So berbalik kepada kerja offshore, dokumen yang diperlukan kalau nak naik offshore ni bergantung kepada jenis pelantar yang korang akan naik dan position korang tapi selalunya yang basic diperlukan antaranya ialah:
1. Basic Offshore Safety Induction and Emergency Training (BOSIET) + CAEBS - Course 3 hari boleh ambil di MSTS JB/ lain-lain, belajar cara selamatkan diri dari Helikopter & Boat. Korang boleh check details kat link biru ni sebagai contoh.
![]() |
Antara aktiviti: Helikopter akan terbalik dalam air dan korang kena keluar dari helikopter tu. |
2. Medical - Bergantung kepada client contohnya Medical PETRONAS, Medical ExxonMobil, Medical OGUK, Medical Marine. Biasanya harga dia dalam Rm300-500 sebab buat full medical check-up.
3. Safety Passport/Permit to Work - Biasanya sebelum naik pelantar, client akan bagi training untuk sistem kerja dan safety dorang. Ni employer akan bagitahu kita untuk join nanti.
4. Competency - Ini bergantung pada position kita, contoh kalau Rigger perlu ada sijil Rigging & Slinging, ROV team perlu ada ROV competency cert dan lain-lain. Course ni semua korang boleh ambil kat banyak institusi contoh macam MSTS JB, TATI, TWI dan lain-lain bergantung pada jenis.
5. Vaccination - Lepas zaman COVID haritu, memang mostly client nak vaccination cert. Tapi untuk kerja oversea ada tambahan vaccine contoh macam Yellow Fever Vaccine dan lain-lain.
Biasanya kalau korang kerja under employer, dorang akan sentiasa update documents kita, sponsor segala expenses untuk buat certificates tu semua.
Tapi kalau korang belum ada kerja dan ada niat nak ambil cert tu semua sebab nak apply kerja, kena ingat yang tak semestinya akan dapat kerja walaupun dah ada cert tu semua. Saya highlight kan sebab ada beberapa kawan saya yang masih tak dapat kerja walaupun ada cert tu semua ya. Cuma ada la certain company yang akan ambil sebab boleh jimatkan cost dorang.
Jadi kepada yang masih mencari kerja terutama kerja offshore, saya doakan urusan korang dipermudahkan dan in Shaa Allah dapat kerja yang diidamkan tak lama lagi. Kita jumpa lagi kat entri akan datang ya.
Assalamualaikum..
Putra Nazaratunnaim
Ulasan
Catat Ulasan