Biasiswa/ Scholarship, Pinjaman/ Loan, Bantuan untuk Belajar di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)

Assalamualaikum dan hello semua. 


Terima kasih kerana support blog Putra Nazaratunnaim yang tak seberapa ini. 

Ramai yang DM/ PM/ Messages saya untuk bertanya tentang bantuan, biasiswa, atau pinjaman untuk belajar di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) sebab risau tak mampu nak bayar. Betul ke yuran UTP mahal? 

Jawapannya, iya betul yuran utp memang jauh mahal lebih mahal berbanding universiti awam kerana dia adalah Fully Private University (Universiti Swasta Sepenuhnya). Anda boleh refer link ini (https://www.utp.edu.my/Pages/Admission/Undergraduate/Local/Tuition-Fees.aspx) berkenaan jumlah yuran untuk setiap program UTP.

Jadi kali ini saya nak bercerita berkenaan dengan peluang bantuan, biasiswa, sponsor dan pinjaman untuk belajar di UTP dan apa nak buat kalau tak dapat sponsor juga?

Sebelum itu, UTP ada dua kali intake untuk asasi tiap tahun iaitu bulan March dan Julai. Selalunya kalau intake untuk bulan March, selalunya permohonan untuk biasiswa banyak belum dibuka. (saya pun intake March, jadi semester pertama memang kena bayar sendiri). Semester kedua nanti barulah banyak loan dan biasiswa yang buka. Peluang untuk memohon bantuan, loan, dan scholarship adalah bergantung kepada income background dan juga keputusan SPM. Seeloknya cari yang namanya biasiswa atau pinjaman boleh ubah (akan ditukar kepada biasiswa kalau dapat capai result yang dia nak).




Antara biasiswa yang ramai pelajar UTP dapat adalah (boleh terus klik tulisan biru untuk terus ke website dia):

5) Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
6) Majlis Amanah Rakyat (MARA)
7) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
8) Employees Provident Fund (EPF)
9) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
10) Yayasan Telekom Malaysia
11) Yayasan Terengganu
12) Yayasan Pahang
13) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
14) Yayasan Sabah
15) Sarawak Shell Berhad
16) Yayasan Tenaga Nasional
17) Intel Technologies Sdn.Bhd
18) Ministry of Petroleum (MOPE) Egypt
19) Gamuda Learning Centre
20) Gadang Scholarship
21) Shopcoupons
22) Penang Future Foundation
23) MREPC
24) Johor Corp J-CORP
25) Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputra


Untuk biasiswa PETRONAS, dia tak kisah income berapa, dia taja selagi keputusan banyak A+ (memang susah dapat). Kalau dari diri saya sendiri, Alhamdulillah saya dapat biasiswa dari Yayasan Peneraju (dia memang ada menaja pelajar untuk ke UTP dan Universiti swasta yg lain).

Kalau keputusan SPM cemerlang, in shaa Allah banyak biasiswa yang boleh dimohon. Kena rajin dan selalu cek Internet berkenaan biasiswa apa yang dibuka. Banyak je lagi biasiswa yang saya belum listkan. Tapi ingat ya, keputusan SPM itu untuk melayakkan diri untuk mohon biasiswa tu semua saja. Tapi kalau nak dapat, kena lalui interview dan sebagainya.


Andai kata worst case tak dapat juga scholarship atau pinjaman, ada beberapa pilihan.

1) Terpaksa Pindah
:arrow_forwaSebenarnya ramai kawan saya, dia masuk intake asasi March. Bila dah habis satu semester dan masih belum dapat biasiswa, mereka akan pindah ke universiti lain kerana kurang berkemampuan dan kebetulannya keputusan UPU akan keluar selepas semester pertama habis.

2) Bayar Sendiri
:arrow_forward: Ada juga yang nak sambung, tetapi terpaksa bayar sendiri. Ini bergantung juga kepada income background dan inisiatif untuk mencari bantuan dan mengurangkan bebanan (utk ringankan bayaran).

3) Zakat UTP
:arrow_forward: UTP ada lembaga zakat sendiri, dana dia dapat dari potongan gaji staf-staf UTP. Zakat ni ada banyak jenis, antaranya bantuan wang saku, insentif kepada Dean List, dan sebagainya. Ada satu jenis ni, untuk mengurangkan beban kepada sesiapa yang takda duit nak bayar yuran. Tetapi kena apply tiap-tiap semester. Dia takkan bayar habis, tetapi akan kurang bebankan mungkin lebih 50%.

4) Yayasan UTP
:arrow_forward: UTP pun ada Yayasan dia sendiri, dana dapat kebanyakannya dari PETRONAS. Ada juga macam-macam jenis termasuk tajaan event, tajaan internship ke luar negara dan sebagainya. Ada satu ni, dia boleh bantu selesaikan yuran untuk satu semester SAHAJA. Tapi boleh consult dengan staf YUTP untuk maklumat lanjut.

5) PTPTN
:arrow_forward: Jujur cakap, saya memang sangat tak recommend PTPTN. Sebab satu semester pun dia tak dapat nak cover dan nanti banyak kena bayar (kecuali Universiti awam). PTPTN ini sesuai kalau memang baki dalam satu atau dua semester untuk belajar di UTP.

Maaf atas segala kekurangan, semoga bermanfaat! Saya doakan sesiapa yang nak sambung belajar dipermudahkan segala urusan dan dapat menuntut ilmu dengan baik!

Terima kasih sudi singgah ya, jumpa lagi di entri akan datang! Semoga bermanfaat!

Assalamualaikum..


Jangan lupa follow media sosial saya ya - Tekan je tulisan biru tu

Facebook: Putra Nazaratunnaim (www.facebook.com/putranazaratunnaim)
Instagram: @putranazaratunnaim (www.instagram.com/putranazaratunnaim)
LinkedIn: Putra Nazaratunnaim (www.linkedin.com/in/putranazaratunnaim)
Twitter: @iamputranaz (www.twitter.com/iamputranaz)
Youtube: Putra Nazaratunnaim (http://www.youtube.com/c/putranazaratunnaim)

Ulasan