Detik-detik Mendapat Keputusan Temuduga Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dalam entri sebelum ini, saya telah menceritakan tentang temuduga Universiti Teknologi petronas (UTP). Maka kali ini saya akan menceritakan pula apa keputusannya.
Jeng Jeng Jeng
Alhamdulillah saya diterima untuk menjadi pelajar UTP. Apa yang memeranjatkan, saya dapat First Choice saya! Walaupun tak dirancang, namun saya rasa saya nak pergi juga untuk daftar iaitu tarikh pendaftaran pada 16 Mac 2016.
Pada mulanya, saya terus bagitahu kepada makcik dan pakcik saya yang menjadi pensyarah di UTP tentang perkara ini. Mereka gembira. Tapi satu perkara yang bermain di fikiran saya, iaitu YURAN. Seperti yang kita tahu, yuran universiti swasta memang mahal. Untuk yuran UTP, yuran pendaftaran sahaja sudah RM3000, tak termasuk bayaran lain (boleh refer sini untuk yuran asasi). Saya buntu mana nak cari duit sebab saya pun taknak susahkan mak ayah saya. Tiba-tiba, makcik saya bagitahu, "naim, kalau naim nak belajar UTP, aunty boleh bayarkan dulu, tapi naim kena janji la yang naim belajar rajin-rajin kat sini".
Saya tersentak. Saya minta diberikan masa untuk berbincang dengan family saya. Setelah berbincang, akhirnya saya bersetuju dengan tawaran ini. Setelah membuat persediaan, saya pun mendaftar di UTP pada 16/3/2016.
Pada hari tersebut, ramai orang beratur (macam masa interview sebab semua pakai kemeja putih). Saya pun masuk ke Chancellor Hall untuk mendaftarkan diri saya seorang diri. Senior yang tegur saya semasa saya masuk bercakap dalam English, so dalam hati berkata, "fuhhh mesti kena cakap english ni", walhal English saya tak berapa baik haha. Selepas itu saya pun ke meja pendaftaran, saya tegur seorang kakak ni dalam English, then dia jawab Bahasa Melayu. Terkejut saya haha.
Orang pertama yang saya kenal masa tu adalah Niclas Galih, budak Sarawak (sampai sekarang masih satu kelas). Lepas daftar, kami pun pergi ke tempat penginapan masing-masing. Di UTP, kolej kediaman dikenali sebagai Village. Ada Village 1 sampai Village 6 (singkatan V1 - V6). Ada juga asrama di luar UTP iaitu SIBC tapi itu untuk pelajar third year ke atas. Saya dapat V1, dan roomate saya juga orang Johor, jadi senang nak kamcing huhu.
Kebiasaannya, pelajar yang baru masuk UTP akan mengharungi Minggu Aluan Siswa (MAS). Maka kami akan mengharunginya selama 2 minggu.
Entry seterusnya saya akan menceritakan tentang pengalaman di MAS.

Terima kasih sudi singgah ya, jumpa lagi di entri akan datang! Semoga Bermanfaat!
Assalamualaikum..
Jangan lupa follow media sosial saya ya - Tekan je tulisan biru tu
Facebook: Putra Nazaratunnaim (www.facebook.com/putranazaratunnaim)
Instagram: @putranazaratunnaim (www.instagram.com/putranazaratunnaim)
LinkedIn: Putra Nazaratunnaim (www.linkedin.com/in/putranazaratunnaim)
Twitter: @iamputranaz (www.twitter.com/iamputranaz)
Youtube: Putra Nazaratunnaim (http://www.youtube.com/c/putranazaratunnaim)
Ulasan
Catat Ulasan