Temuduga/ Interview untuk Foundation/ Asasi Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)

Assalamualaikum dan hai semua.

Entri kali ini saya akan ceritakan tentang perjalanan saya dalam temuduga Universiti Teknologi Petronas (UTP). Untuk pengetahuan semua, saya merupakan pelajar UTP ambilan MAC 2016. Untuk masuk ke UTP, pastinya ada temuduga kerana UTP merupakan universiti swasta yang terbaik di Malaysia. (www.utp.edu.my)

Selepas menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2015, saya telah pergi ke Kem Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK) selama sebulan (dalam bulan 12) anjuran NGO HALUAN. Selepas balik dari kem tersebut pada akhir bulan 12, saya suka melayari internet (biasalah remaja). Kebetulan saya terbaca tentang ambilan Mac untuk foundation UTP (permohonan menggunakan keputusan percubaan SPM). Kalau tidak silap saya tarikh tutupnya ada 3/1 pada masa itu. Dalam hati saya berkata, saya nak masuk universiti cepat dan taknak bazir masa di rumah, jadi saya pun menghantar permohonan tersebut. Alhamdulillah keputusan percubaan saya layak digunakan untuk menghantar permohonan. Selepas "Bank In" RM30, saya pun menghantar permohonan tersebut melalui pos laju. Ada berbagai-bagai bidang untuk dipilih (boleh semak laman web UTP), tetapi pilihan pertama saya ialah Kejuruteraan Petroleum (Petroleum Engineering) kerana masa itu acah-acah nak gaji besar masa kerja nanti hehe.

Pada akhir bulan 1, keputusan untuk sesiapa yang layak ke temuduga telah dibuka. Alhamdulillah saya layak. Temuduga itu diadakan di UTP. Jadi saya perlulah ke Perak seorang diri (saya duduk di Johor). Saya bertolak ke Perak sehari awal kerana takut tak sempat esoknya. Alhamdulilah saya ada pakcik dan makcik yang menjadi pensyarah di UTP. Jadi saya bermalam di rumah mereka. Pakcik saya menceritakan tentang bagaimana temuduga tersebut dijalankan namun apa yang diceritakannya adalah sistem lama (sekarang sudah menggunakan sistem baharu).

Untuk pengetahuan semua, sistem baru tersebut ada tiga peringkat.
Yang pertama, ujian komputer. (Ujian ini menguji banyak subjek termasuk matematik, sains dan bahasa Inggeris). Boleh guna kalkulator.
Yang kedua, ujian personaliti. jawab sahaja tentang diri kita. Macam objektif.
Yang ketiga, temuduga perseorangan.
Yang penting semuanya dalam BAHASA INGGERIS.

Keesokan harinya, saya pun memakai baju kemeja berwarna putih untuk ke temuduga tersebut. Makcik saya menghantar saya ke sana. Temuduga ini ada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Saya sesi pagi. Setibanya di UTP, saya kagum melihat kompleks canselor yang begitu besar dan perpustakaan yang begitu gah. Makcik saya dah balik, jadi saya terpaksa meneruskan perjuangan seorang diri. Saya pergi daftar seorang diri dalam Dewan Canselor. Saya terkejut bila pihak universiti mengatakan bahawa dokumen yang saya pos tempoh hari tidak sampai lagi, Dalam hati ingatkan dah hancur harapan nak masuk UTP. Akhirnya, Alhamdulillah saya masih dibenarkan untuk pergi temuduga tersebut kerana nama saya ada dalam sistem walaupun dokumen tiada.

Pada mulanya, kami duduk dalam dewan canselor dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dalam bentuk abjad A-E. Saya dah tak ingat saya kumpulan mana (rasa-rasanya D). Saya terjumpa dengan beberapa orang rakan satu sekolah saya dan excited juga la. Selepas itu, setiap kumpulan bergilir-gilir ke tempat komputer (Blok 1) untuk menjawab Ujian Komputer. Susah juga soalan dia terutama soalan English, jawapan nak dekat sama je semua. Selepas itu diteruskan dengan ujian personaliti. Yang ini taklah susah sebab kena jujur sahaja. Yang ketiga, oleh kerana ingin menjimatkan masa, jadi temuduga ini dilakukan dalam berkumpulan. Kami dibahagikan dalam kumpulan yang mengandungi 5-6 orang dan hanya ada satu penemuduga. Saya rasa orang ini adalah staf kalau tak silap saya (sebab gaya dia tak macam lecturer pun).

Dalam temuduga berkumpulan ini, setiap seorang diberi masa 5 minit untuk bercakap apa sahaja tentang diri kita. Adalah dia tanya sikit-sikit macam "kenapa nak masuk UTP", "kenapa pilih course ni" dan lain-lain. Tapi Alhamdulillah kumpulan saya ni dapat soalan yang tak susah. Tapi semua dalam English. Sampai turn saya, saya ceritakanlah saya dari mana, cita-cita, kenapa nak masuk UTP DLL. Selepas dari temuduga berkumpulan ini, kami pun boleh balik. Dia suruh kami cek dalam application UTP nanti masa bulan Mac sama ada kami diterima atau tidak.
Sebelum balik, saya bergambar dulu di kompleks canselor huhu.

**Untuk pengetahuan semua, selepas masuk UTP, saya bertanya dengan kawan-kawan saya bagaimana temuduga mereka. Ada yang mengatakan panel itu bertanya tentang soalan Sains dan lain-lain. Rupa-rupanya, memang rezeki saya dapat panel penemuduga yang senang. Alhamdulillah.
Pesanan saya pada adik-adik yang akan menghadapi temuduga ini, berdoalah kerana dengan doa, InsyaAllah urusan kita akan dipermudahkan.


Terima kasih sudi singgah ya, jumpa lagi di entri akan datang! Semoga bermanfaat!

Assalamualaikum..


Jangan lupa follow media sosial saya ya - Tekan je tulisan biru tu

Facebook: Putra Nazaratunnaim (www.facebook.com/putranazaratunnaim)
Instagram: @putranazaratunnaim (www.instagram.com/putranazaratunnaim)
LinkedIn: Putra Nazaratunnaim (www.linkedin.com/in/putranazaratunnaim)
Twitter: @iamputranaz (www.twitter.com/iamputranaz)
Youtube: Putra Nazaratunnaim (http://www.youtube.com/c/putranazaratunnaim)

Ulasan